Email tok diterima dari geng mengenai hikmah diam.  Mun difahami dan dalami nya, ada benar nya.  Berfikir juak diam ya sik beerti kita tidak faham mahupun bodoh.  Ia bermakna kita tidak boleh sewenang-wenangnyer mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir dan nak ngeluar kata-kata ya sampei nyakit ati org, kecik ati dsb.  Tapi dlm ya kadang-kadang kita pun ada juak lepas kata-kata yang kita sik sedar mun nak kelakar.  Tapi ya lainlah...ya juak mencerminkan sapa kita.  Sik terkecualilah saya sendiri kadang-kadang suka lepas kata-kata sampei sik ingat sapa ngan kita kelakar ya..tapi dengan cara ya juak sik bererti kita tok jaik lah, at least kita dpt melepaskan dan kita jujur (tanggar keadaan juaklah).  Namun begitu, kita tok human being sik lah too perfect so belajar juak dari kesilapan............Jadi kita sik ada nak nyimpan dendam, nak nganok org dari belakanglah (ngumpat) etc sik tauklah org lain.  Dengan syarat kita sik ngaco orglah dan jgn sekali-kali mengkhianati kawan, rakan maupun yg sangat rapat ataupun isik.
 - HIKMAH DIAM -        Manusia berbicara setiap masa.  Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.  Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan meana di dunia dan di akhirant.  Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
5. Benteng tanpa pagar.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
" Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyak dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya ". (RIWAYAT ABU NAIM)
" Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam ". (RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM)
" Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya ". (RIWAYAT AT-TARMIZI)
{ Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap yang fikir mereka tahu semuanya. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Sementara menasihati orang yang bersalah, tidak salah, yang salah ialah memikirkan kesalahan orang. }
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam, kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah Bin 'Amr R. A, Rasullullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...".

1 comment:
oooo dendiam ada blog ekkkk. tahniah tahniah. *shake hand gegar2*. ;))
Post a Comment